KOTA BHARU – Pertemuan Kelantan dan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV kelmarin, dicemari dengan insiden membakar dan membaling mercun oleh penyokong tuan rumah.
Lebih 20,000 penyokong menyaksikan perlawanan tersebut, yang berakhir dengan Kelantan tewas 0-1 selepas pelawat dihadiahkan penalti pada minit ke-74, yang disempurnakan oleh Abdul Halim Zainal.
Insiden membaling mercun bermula selepas pengadil, Yusof Mat Karim memberikan penalti, apabila pertahanan tuan rumah, S. Subramaniam menjatuhkan Idris Karim di dalam kotak penalti.
Keputusan pengadil mengundang `kemarahan' penyokong Red Warriors, menyebabkan ada yang bertindak di luar kawalan dengan membakar mercun sebagai tanda bantahan.
Keadaan yang tidak terkawal itu menyebabkan suasana di dalam stadium gamat dengan sorakan penonton, sehingga bertukar seakan-akan ` `medan pertempuran’ dengan letupan pelbagai jenis mercun.
Kehadiran anggota keselamatan termasuk polis, juga tidak diendahkan oleh penyokong.
Namun, insiden tersebut tidak merebak menjadi lebih buruk.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga lelaki termasuk seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas kesalahan memiliki mercun tanpa permit, selepas ditahan di kawasan stadium sebelum perlawanan bermula.
Turut didakwa atas kesalahan sama ialah dua lagi lelaki yang ditahan memiliki bahan larangan itu pada 10 September lalu.
Kelima-lima mereka mengaku bersalah dan dibenarkan diikat jamin antara RM1,800 hingga RM2,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu tarikh hukuman pada 30 September dan 24 Oktober ini.
Pada 25 Januari lalu, dua penyokong Kelantan didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki mercun ketika ditahan di kawasan stadium sewaktu Kelantan menentang Johor FC pada saingan Liga Super.
Pada 7 April tahun lalu, penyokong Kelantan merusuh, termasuk membakar kereta ketika saingan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan.
FAM perlu bertindak tegas dalam hal ini untuk memastikan keselamatan pemain dan penyokong lawan apabila perlawanan seterusnya diadakan.
Penyokong kelantan perlu akui kelemahan pasukan mereka
Penyokong kelantan perlu akui kelemahan pasukan mereka
No comments:
Post a Comment